8 Mac 2023, hari istimewa buat para wanita seluruh dunia. Madammu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari wanita kepada seluruh wanita di luar sana.
Madammu bersama-sama NOIR akan sentiasa berinisiatif dalam meraikan sekali gus memperkasakan wanita. Seperti yang selalu Madammu tekankan, wanita berperanan sebagai tonggak terpenting dalam pelbagai lapangan merangkumi sosial, politik dan ekonomi. Malah hari ini, kita sering didedahkan dengan kejayaan, pencapaian dan sumbangan para wanita dalam pelbagai bidang.
Madammu sendiri menjadikan golongan wanita sebagai inspirasi untuk meletakkan jenama NOIR pada satu tahap yang membanggakan sekali gus menyimpan hasrat agar dapat membantu lebih ramai wanita di luar sana. Insya-Allah, prinsip pemerkasaan wanita akan sentiasa Madammu jadikan sebagai fokus utama dalam membantu lebih ramai wanita supaya jadi lebih berani dan berketerampilan.
Alhamdulillah, kehidupan Madammu selama ini memang dikelilingi oleh wanita-wanita yang tabah dan kuat. Malah, mummy sendiri telah memberi pengaruh yang sagat besar dalam membentuk keperibadian Madammu hari ini. Menerusi didikan, pengorbanan serta keperibadian mummy yang Madammu labelkan sebagai wanita yang sangat ‘tabah’ itulah yang menjadikan Madammu sentiasa bersemangat.
Madammu sentiasa menyimpan hasrat untuk mengajak para wanita supaya lebih berdikari dan memiliki pendapatan sendiri. NOIR dicetuskan dengan konsep perniagaan miliki bersama kerana Madammu ingin membuka peluang kepada mana-mana wanita di luar sana menjana pendapatan sendiri bersama NOIR. Kalau boleh Madammu nak lihat lebih ramai wanita berjaya dengan NOIR. Pendapatan yang dijana bersama NOIR inilah diharapkan boleh memperbaiki ekonomi you all bersama insan-insan tersayang yang sentiasa berada di sisi you all.
Enam tahun NOIR berada di pasaran, Alhamdulillah ramai yang telah membuktikan bahawa NOIR berjaya mengubah gaya hidup dan ekonomi mereka jadi lebih baik. Walau bagaimanapun, usaha ini tidak akan terhenti setakat di sini sahaja. Madammu akan terus menggalas peranan dan tanggung jawab untuk memperkasa wanita. Madammu nak ubah stigma dan stereotaip sesetengah pihak yang mengehadkan peranan wanita dalam bidang-bidang tertentu, khususnya perniagaan.
Sebab itulah Madammu membuka peluang perniagaan bersama NOIR dengan modal serendah RM160 berserta bimbingan keusahawanan secara inklusif. Madammu sendiri pun akan turut turun padang demi membimbing para usahawan NOIR. Percayalah, circle NOIR ini akan saling memberi sokongan dengan pelbagai perkongsian ilmu perniagaan bermanfaat dari semasa ke semasa.
Inilah komitmen Madammu buat seluruh usahawan NOIR. Semoga sambutan Hari Wanita pada tahun ini akan menjadi lebih bermakna jika kita saling menginspirasikan antara satu sama lain dan mampu menjadi kelompok yang menghulurkan bantuan kepada wanita lain.
Regards,
Madammu.